Pelancaran Dasar Pengangkutan Negara

Sempena pelancaran Dasar Pengangkutan Negara, DPN, di KL Sentral pada 17hb. Okt oleh Perdana Menteri Malaysia, Institut Pengangkutan Malaysia MITRANS membuka ruang pameran bagi mempromosi kesemua 6 perkhidmatan utama iaitu, Penyelidikan, Perundingan, Latihan, Makmal, Halal SC dan Pascasiswazah. Disamping itu, pihak MITRANS dijemput untuk mengadakan program OPEN MIC yang mana para individu yang berpengalaman dan pakar dalam bidangnya membincangkan isu-isu pengangkutan dan logistik semasa. Orang ramai dijemput untuk bersama-sama di KL Sentral bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan DPN.