Modul Pengurusan Projek - Program Pembangunan Kapasiti Vendor

Shah Alam, 10 Disember - Program Pembangunan Kapasiti Vendor PPKV merupakan satubprogram pembangunan yang dirintis oleh MED yang akan merencanakan laluan kepada para vendor tempatan untuk meneroka pasaran luar negara.

Dr Shahrin Nasir, Timbalan Pengarah Jaringan Industri dan Komersilisasi MITRANS berkata, "Program PPKV ink merupakan satu program yang bersistematik dan bersasar kepada semua sektor strategik yang melibatkan pembangunan teknologi dapat menyediakan kepakaran serta membangunkan usahawan dan vendor yang berdaya saing di dalam negara untuk lebih menerokai pasaran luar,”.

"Program Pembangunan Vendor dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan telah menerima peruntukan RM61 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11", ujar beliau.

Program PPKV ini melibatkan pelbagai syarikat dan industri yang berhubung perluasan pasaran perniagaan, pembiayaan kompetitif, pewujudan vendor berbilang tingkat dan penerokaan sektor yang berpotensi serta berteknologi tinggi.