Bengkel Penulisan Artikel Jurnal

Shah Alam, 12 Disember 2019 – Institut Pengangkutan Malaysia, MITRANS, mengadakan Bengkel Penulisan Artikel Jurnal melibatkan pelajar-pelajar pascasiswazah dan warga MITRANS. Ketua Pengajian Siswazah MITRANS, Dr. S. Sarifah Radiah Shariff berkata, antara objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang ciri-ciri artikel jurnal yang baik serta tips pemilihan jurnal dalam bidang secara efektif.

Beliau menambah, selain itu, penekanan turut diberikan terhadap aspek pelaporan serta analisis data yang bersesuaian. Bengkel ini dihadiri oleh pelajar-pelajar pasca siswazah yang telah melengkapkan draf awal artikel masing-masing. Pendekatan bengkel ini lebih bersifat perbincangan dua hala di mana para peserta turut diberi peluang untuk memberi komentar terhadap contoh contoh penulisan artikel yang telah diterbitkan di samping memberi pandangan untuk penambahbaikan.