Master of Science in Transport and Logistics (Research) (LT780)

GERAN deLima@MITRANS

PENGENALAN 

Sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan di UiTM, MITRANS bertangungjawab untuk menyemarakkan budaya penyelidikan dikalangan Ahli tetap dan bersekutu MITRANS. Sehubungan dengan itu, MITRANS mengambil langkah mewujudkan GERAN deLima@MITRANS bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan agar dapat menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan menyuburkan budaya dikalangan penyelidik yang dinamik selaras dengan aspirasi UiTM dan Negara.

JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK

Jumlah peruntukan dan jangka masa projek adalah seperti berikut:

Jumlah Peruntukan               : Tidak Melebihi RM20,000.00

Jangka Masa Projek             : Tidak Melebihi 2 Tahun

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  • Terbuka kepada pensyarah tetap UiTM.
  • Penyelidik utama/PI mestilah merupakan AHLI TETAP MITRANS di UiTM.
  • Semua penyelidik yang terlibat mestilah aktif dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun semasa dan berkelayakan sekurang-kurangnya Sarjana (DM45 atau setara)
  • Setiap projek mesti mempunyai ahli penyelidik maksimum 5 orang daripada mana-mana pusat kecemerlangan atau fakulti di UiTM.
  • Penyelidik utama/PI mestilah bukan ketua penyelidik kepada mana-mana geran dalaman MITRANS pada tahun semasa permohonan dibuat.
  • Penyelidik utama/PI boleh memohon sekiranya geran terdahulu telah 80% siap pada tahun semasa dinilai.
  • Keutamaan diberikan kepada penyelidik yang masih belum mempunyai mana-mana geran pada tahun semasa memohon.

MUAT TURUN BORANG

MUAT TURUN GARIS PANDUAN

PENGENALAN

Sebagai salah satu pusat kecemerlangan (CoE) di UiTM, MITRANS bertanggungjawab untuk menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan Ahli Tetap dan Bersekutu MITRANS. Sehubungan dengan itu, MITRANS mengambil langkah mewujudkan GERAN EK MITRANS yang bertujuan untuk mengalakkan kolaborasi penyelidikan antara penyelidik di Entiti Kecemerlangan (EK) dan Ahli Tetap dan Bersekutu MITRANS. Dengan adanya kolaborasi diantara EK dan MITRANS, ia akan membantu menjana ilmu dan dapatan baru yang mampu menyumbang kepada peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi UiTM dan Negara.

  •  

    Jumlah peruntukan dan jangka masa projek adalah seperti berikut:

    Jumlah Peruntukan               : Tidak Melebihi RM20,000.00

    Jangka Masa Projek             : Tidak Melebihi 2 Tahun

  • JUMLAH PERUNTUKAN & JANGKA MASA PROJEK

MUAT TURUN BORANG

MUAT TURUN GARIS PANDUAN

 

 

 

 

Super User