NEWS AND LATEST EVENTS
A university beyond the walls, an institution without limits.
2025
Majilis Konvokesyen Bagi Pelajar Sarjana Sains Pengangkutan Dan Logistik (Lt780) Dan Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan Dan Penguatkuasaan (Deppp) Kohort Ke-4 (Lt160)
Shah Alam, 10 Mei 2025 - Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) dengan bangganya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pelajar-pelajar dari program Sarjana Sains Pengangkutan dan Logistik (LT780) serta Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan (LT160), yang telah berjaya bergraduasi di Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-101 (Sidang 5) pada 10 Mei 2025, pukul 2 petang. Majlis gemilang ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, yang telah menyampaikan skrol kepada para graduan di istiadat Konvokesyen ke-101. Seramai 29 pelajar MITRANS terdiri dari 2 pelajar sajana dan 27 pelajar DEPPP kohot ke-4 mendapat pengiktirafan dimana 12 orang pelajar DEPPP kohot -4 telah menerima Anugerah Naib Canselor, di majlis yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Program DEPPP adalah merupakan hasil kolaborasi strategik MITRANS UiTM Shah Alam dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, telah bermula pada tahun 2019 dengan kohot pertama seramai 30 orang. Sehingga kini, seramai 143 orang pelajar yang terdiri daripada pegawai penguatkuasa JPJ dari lima (5) kohort telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan cemerlang. Turut hadir meraikan majlis graduasi ini adalah YBrs. Dr Azmi bin Awang, Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, bersama pegawai-pegawai kanan dari Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia serta YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Mazlina Wan Mohamed, Pengarah, MITRANS.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada graduan berikut:
*Sarjana Sains Pengangkutan dan Logistik (LT780)*
Azuan Hakim Bin Abdul Razak
Muhammad Shafiq Danial Bin Abdul Aziz
*Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan (LT160)*
Abdul Latiff Bin Abdul Hamid
Asmalieza Binti Hamat
Ayu Sofia Binti Shaam
Fahmy Arif Bin Abd Karim
Jackler John
Limun Anak Chap
Mohammad Izrul Hakim Bin Salim
Mohd Farid Bin Yussuf
Mohd Hafishajirin Bin Saidin
Mohd Idzuan Bin Mustaza
Mohd Nor Azwan Bin Wahazan
Mohd Shafizal Bin Zakaria
Mohd Shukri Bin Abdul Manan
Mohd Sujaie Bin Mohd Raslam
Mohd Syahrin Safwan Bin Omar
Muhamad Nazri Bin Yaakop
Muhammad Firdaus Bin Ahmad Tarmizi
Nor Hidayati Binti Muda
Nor Suhana Binti Yahaya
Nur Farliana Binti Abu Bakar
Nurul Iwana Izzati Binti Nor Azman
Nurul Shahira Emalia Binti Ibrahim
Shahrul Azlan Bin Razaki
Suriati Binti Mohamed Rosli
Syamsul Hafizi Bin Md Sa'ad
Umi Nurnusrah Binti Talib
Zainoorlily Binti Mohd Noor
Perjalanan anda adalah sumber inspirasi, semoga terus memimpin dengan ilmu, integriti dan tujuan yang jelas!






Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan MITRANS 2025
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan MITRANS 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2025 bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton, i-City, Shah Alam. Majlis bermula tepat jam 12.00 tengah hari, dengan kehadiran ramai tetamu kehormat, rakan strategik, dan warga MITRANS. Majlis yang penuh bermakna ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada pelajar cemerlang, khususnya pegawai-pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang telah mengikuti Program Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan (DEPPP) anjuran MITRANS. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Professor Ts. Dr. Norazah Abd Rahman (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Teknologi MARA). Antara tetamu yang hadir adalah Dr. Azmi Awang (Pengarah Akademi JPJ Malaysia), Ts Hj Abi Sofian Bin Abdul Hamid (Pengerusi CILTM Selangor Section), Prof. Madya Ts. Dr. Siti Zaharah Binti Ishak, (Pengarah MIROS), Ibu Sindu Rahayu (Embassy of The Republic of Indonesia-Atase Perhubungan) dan En. Shahrul Anis Sarhadat (Pengurus Network Planning, RapidBus).Turut memeriahkan majlis ialah wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, antaranya:
Akademi Pengangkutan Jalan
C&J Food Group
CILTM Selangor Section
Embassy of the Republic of Indonesia
Halvec Laboratories Sdn Bhd
Isianpadu System Sdn Bhd
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)
MMC Port Holdings Sdn. Bhd.
Northport (Malaysia) Bhd
RAMUDA NETWORK & CONSULTANCY
Rapid Bus Sdn Bhd
SD GUTHRIE BERHAD
Sufi Group
University College of MAIWP International (UCMI)
Wan Energy Solution (M) Sdn Bhd
Majlis ini turut diserikan dengan ucapan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Wan Mazlina Wan Mohamed, Pengarah MITRANS, yang menekankan pentingnya kerjasama strategik dalam pembangunan modal insan berkualiti tinggi dalam bidang pengangkutan dan penguatkuasaan. Ulasan turut merangkumi pencapaian pelajar DEPPP yang telah berjaya membentangkan hasil kajian mereka di persidangan antarabangsa dan menerbitkannya dalam jurnal profesional. Ini membuktikan kejayaan program bukan sahaja di peringkat tempatan, malah berpotensi untuk bersaing di peringkat global. Dengan kehadiran rakan kolaborasi utama seperti JPJ serta pelbagai agensi strategik, majlis ini menzahirkan semangat sinergi dan penghargaan terhadap kecemerlangan akademik dan profesionalisme dalam bidang pengangkutan. Sebagai penutup, izinkan kami di MITRANS menyampaikan serangkap pantun sebagai tanda terima kasih:
Bunga melati harum di taman,
Mekar berseri indah bersulam.
Terima kasih kami ucapkan,
Atas sokongan yang tidak pernah suram.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita berjumpa lagi.







Lawatan Penanda Aras Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) ke Hong Leong Yamaha Motor
Lawatan Penanda Aras Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) ke Hong Leong Yamaha Motor pada 17 Februari 2025 telah melibatkan 20 - 25 orang staf akademik dan pentadbiran. Delegasi disambut oleh Nurul Farzana Binti Redha, Pengurus Corporate Social Responsibility, Dealer & Customer Development di Hong Leong Yamaha Motor. Sesi perbincangan diteruskan dengan Dato’ Professor Dr. Jim Khor Mun Wei, Group Managing Director Hong Leong Industries Berhad, yang berkongsi pelbagai informasi terkini serta peluang kerjasama antara MITRANS dan industri, khususnya Hong Leong Yamaha. Lawatan ini merangkumi pengenalan syarikat, konsep META, program keselamatan jalan raya, lawatan kilang, serta pengalaman interaktif di beberapa stesen seperti META, Lifestyle Station, dan SPACE Y Exploration. Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Genblu Café, diikuti sesi penutup pada jam 2.00 petang.




